Monday, 6 February 2017

Meroyan dalam pantang

isu semasa...

viral kes ibu kelar anak.. siapa yang di persalahkan.. mesti ramai yang tunding jari kat ibu tu kan.. kak jue bukan apa.. ramai yang tak faham maksud meroyan dalam bahasa kita orang melayu. Meroyan ni adalah satu penyakit yang paling dirisaukan oleh ibu2 yang bakal melahirkan anak.. sebab apa risau..? meroyan ni kalau di alami.. dia bukan setakat dalam pantang jer.. ada sesetengah tu sampai ke tua meroyan dia.
sebenarnya ia berpunca dari rasa tak puashati atau bahasa senang difahami ''stress'' yang dialami ibu dalam pantang. sepatutnya suami kena ambil tahu pasal ni, bukan apa .. ada sesetengah suami tengok isteri dah boleh bangun .. berjalan.. boleh buat kerja rumah.. dia anggap isteri dia dah sihat seperti sebelum bersalin agaknya. Dan secara automatik, tak ada benda yang nak dirisaukan lagi.. padahal pada isteri... banyak benda yang difikirkan. Emosi ibu dalam pantang sebenarnya yang patut di jaga.
dalam kes ni.. ramai wanita mengeluarkan pendapat masing2... saya setuju dengan pendapat ni... sebelum kahwin kita semua perlu kursus kahwin kan, tapi yang dibincangkan apa... rasanya takde plak sebut pasal jagaan isteri dalam pantangkan.. banyak tip2 isteri solehah dan suami mithali.. tapi memang betul keimanan seseorang tu menjadi tunggak dalam diri sendiri... tapi kalau dalam pantang.. sebenarnya stress wanita ni makin tinggi.. nak2 lagi kalau baby plak asyik meragam jer..  mana nak jaga baby.. anak2 yang lain lagi. Cuba la para suami2 diluar sana ambil berat pasal isu ni... kesian la dengan isteri anda yer..
pasal kes ini juga... jangan persalahkan ibu itu.. waktu itu mungkin dia pun tak sedar apa yang dia buat.. mungkin bila dah sedar nanti dia akan rasa bersalah yang amat... sampai bila2. Mungkin juga takde ketenangan pun dalam hidupnya disebabkan rasa bersalah. Sama2 la kita doakan dia...

No comments:

Post a Comment

ENTRI TERLARIS

MUSHTANIR..

A ssalamualaikum... hari ni Kak Jue nak citer pasal produk MUSHTANIR plak...  bolehkan๐Ÿ˜ Mushtanir ni ramuannya dari makanan sunnah...