Thursday 17 December 2015

Fazia jatuh lagi...

Assalamualaikum 😊😊
Semalam Fazia jatuh lagi... tapi kali ni teruk dari yang lepas. Mesti rakan2 kat luar sana rasa Kak Ju ni lalai.. maybe.. atau sememangnya Fazia memang lasak.  Umur Fazia dah masuk 2 tahun dah.. sememangnya dia lasak .. nak2 semenjak 2 menjak ni .. pening jugak dengan dia, dan kadang2 diluar kawalan.
Sekarang ni dia suka memanjat jer.. memang la mama ngan babah dia tak dan nak kawal kelasakan dia. Semalam secara tak sengaja la dia jatuh. Jatuh dari kerusi..tapi dahi dia terhantuk kat tepi almari (bahagian bucu plak tu) memang berdarah la.. kelam kabut ler kami laki bini..panik😰😲 bila darah keluar tak berhenti. Bawak gi klinik kena la 2 jahitan.
Tapi bila balik dari klinik kejap jer dia duk diam..lepas tu dia memanjat..melompat.. la balik.. macam mana dah memang dia tengah lasak.. abang2 dengan kakak dia dulu pun lasak jugak tapi dia lebih lasak lagi.. cuma Kak ju sebagai ibu kena lebih pantau aktiviti dia..

Thursday 22 October 2015

Bila Isteri Tak Pandai Masak

Assalamualaikum semua..😊😊
Senyum itu pemanis wajah😊😊 senyum jangan tak senyum yer..
Bila isteri tak pandai masak.. rasanya ini biasa terjadi.. nak2 plak dizaman serba canggih ni..
Kak Jue bukan nak mengutuk yer.. ni atas pengalaman Kak Jue sendiri hihi😁. Tu ler.. masa zaman remaja tak mau belajar masak, tapi bila dah kawin terkial2 nak masak 😄😄. Tu masa mula2 kawin la.. tapi sekarang alhamdulillah la.. apa yang En.Hubby nak makan boleh la masak guna tangan sendiri (nak kata terer tak la.. tapi boleh la memenuhi selera en.hubby)
Tapi teringat masa mula2 kawin dulu memang Kak Jue kureng bab masak memasak ni.. tapi masa tu en.hubby tak pernah komplain.. memanjang sedap katanye..(hihi... nak sedapkan hati bini)... haha.. pengalaman kan..
Untuk en.suami yang kat luar sana tu jangan la risau kalau mula2 kawin dapat plak bini yang tak tau masak.. cuma perlu sabar sikit jer.. nanti kopem bini yang tak tau masak tu.. semua boleh masak apa yang en.suami nak.
Rasanya bukan Kak Jue sorang jer kot yang ada pengalaman macam ni.. kan kan.. kan😆😆

Monday 5 October 2015

Chom jadi ibu susuan

Assalamualaikum sumer..😊😊
Hari ni nak citer pasal Chom lagi.. tapi jangan jemu plak yer..😆😆
Perihal Chom🐈..
Semalam ada satu ekor anak kucing datang kat kedai kami.. apa lagi.. anak2 Kak Jue memang pantang nampak kucing.. terutama Fazia dengan Fatin memang pencinta kucing macam mama dia jugak.. dapat jer anak kucing tu.. diorang peluk sakan ler, lepas tu .. takde diorang nak lepas nya..
Chom pulak.. bising ngiau2😺 jer.. kami sorok la anak kucing tu.. takut dia marah.. biasanya dia pantang ada kucing lain,mesti dia berangin satu badan. Tapi semalam lain pulak dengan anak kucing ni.. tetiba pulak dia cium.. lepas tu jilat2 lagi.. nampak macam dah sayang sangat😻😻.
Anak2 pun dah suka.. Chom pun dah sayang.. jadi kami bela jer la. Tapi tak sangka pulak Chom bagi pulak anak kucing tu menyusu . Dah jadi anak susuan dia.. dah sayang sangat ler tu kan😀.
Okey.. sampai sini dulu yer.. nanti K.Jue sambung lagi pasal anak kucing tu dengan ibu susuan dia.. Chom😽😊😊.

Friday 25 September 2015

Rindu Chom

Rindu.. rindu.. rindu sangat kat dia...
Cuti Raya Haji ni kami seminggu.. sekarang masih dikampung..
Macam mana la dia kat sana sendirian..
Chom my meoww🐈

Wednesday 23 September 2015

Balik Kampung Sempena Raya Haji

Assalamualaikum semua..😊😊
Kali ni Raya Haji turn Kak Jue yer.. plan mesti ada untuk perjalanan balik kampung.
Macam biasa musim perayaan.. perancangan kami balik kampung mesti bertolak jam 4pagi... tapi kali ni masa lari sikit coz malam tadi tido pun lewat.. kepenatan la jugak.. hubby pun  macam tu jugak. Kami bertolak jam 5pagi.. alhamdulillah, perjalanan kami lancar.
Biasa perjalanan kami balik Kelantan makan masa lebihkurang 9 hingga 10 jam la jugak.. tapi kali ni syukur sangat sebab perjalanan kami lebih cepat.. mungkin sebab ada jalan baru tu kot.. kami tak perlu melalui bukit tujuh tu. Perjalanan kami kali ni hanya 7jam jer.
Alhamdulillah..😊😊

Thursday 3 September 2015

Bila anak jatuh

Assalamualaikum semua..
Kali ni nak citer pasal anak... biasa la anak2 yang makin membesar ni kan.. dia punya lasak ..memang pening😵😵 ler nak control diorang ni. Tapi kita sebagai ibu bapa memang kena banyak bersabar dalam melayani kerenah anak2 ni. Walau macam mana pun ..suara singa mesti bunyi jugak kan😃😄😄
Budak2 bila dah lasak macam2 benda dia nak buat... lagi2 memanjat.. memang suka sangat lah.
Dua tiga minggu lepas Fazia jatuh dari kerusi sampai bengkak dahi dia.. kalau nak diikutkan ini bukan kali pertama dia jatuh tapi kali ni kuat jugak la dia jatuh(lepas jatuh terus bengkak).. panik jugak la K.Jue ni.. dah la malam. Dia nangis tapi sekejap jer. Dah ok la tu..tapi tiba2 plak dia muntah, sebagai ibu mesti la risaukan. Tapi sekali jer dia muntah. Besoknya K.Jue bawak pi klinik.. doktor cakap takde apa pun. Tapi menurut doktor kalau dia muntah banyak kali baru ada "something" la. Alhamdulillah.. lega doktor cakap Fazia ok.
Untuk peringatan ibubapa diluar sana .. kalau anak2 jatuh jangan pandang ringan tau... kalau takde apa2 pun bawak jer jumpa doktor... kalau kena keluar duit pun bukan untuk orang lain kan... untuk anak kita jugak..

Wednesday 5 August 2015

Bila jumpa Ex kat fb

Assalamualaikum.. buat semua😊
Kak Jue baru lepas layan citer hindi Kuch Kuch Hota Hai.. rasa2nya sape2 yang tengok citer ni mesti mata masuk habukkan😢😂
Sama la kita..tapi Kak Jue ni suka layan sorang2 jer.. lagi2 citer hindi.Bukan apa,nanti bila mata dah masuk habuk😭😭 takde la malu kat sape2 kan. Ni kalau ada someone,segan la plak bila mata dah banjir😆😆. Tapi macam biasa ler hubby dah lena dibuai mimpi💤.
Baca pada tajuk "Bila Jumpa EX Kat Fb" hmm sensitif jugak tajuknya kan kan...
Tapi pada pendapat Kak Jue la kan.. bila terjumpa ex kat fb atau pun face to face,sebaik baiknya kita buat2 tak kenal jer.. nak2 lagi kalau dah masing2 dah ada family sendiri..
Ada sesetengah orang bila jumpa Ex ni.. diorang berkawan balik.. konon2 jadi kawan biasa2 jer.. tapi bagi Kak Jue bila dah jadi Ex ni.. mustahillah kalau boleh jadi kawan biasa,lama2 nanti kisah silam mesti terungkit punya. So, lebih baik buat2 tak kenal jer.. kalau kat fb pun.. tak payahlah gatal tangan nak add dia. Dan kalau dia request nak berkawan tak payah la nak accept plak. Biarlah kita hidup dengan family yang sedia ada.. senang citer masalah jangan dicari.. betul tak?
Tapi tak tahu la plak kalau ada orang yang boleh berkawan dengan Ex dia dulu..

Monday 20 July 2015

Chom..3 hari kena tinggal

Assalamualaikum.. salam lebaran buat seluruh umat islam..
Tahun ni Kak Jue beraya sebelah utara..Bandar Baharu,Kedah. Raya belah hubby..yer ler..tahun ni kan "turn" dia.Memang kami ada perjanjian ikut turn dari mula2 kahwin dulu..baru takde nak gaduh2 berebut nk balik kampung sape dulu kan.. baru adil.
Biasa la bila tinggalkan rumah , Chom🐈 pun kena la tinggal jugak. Sebenarnya kesian jugak kat dia..tapi nak buat macam mana kan..terpaksa kena tinggal jugak. Tapi sebelum balik..sediakan makanan dengan air untuk dia secukupnya. Tempat najis dia kami tak risau sebab dia membuang kat tandas. Raya ni,kami balik tak lama.. 3 hari jer... ni pun dah sampai rumah dah. Bukak pintu..macam biasa Chom dah tunggu nak sondol kaki😆😆..

Sunday 12 July 2015

Indahnya ciptaan DIA..

Assalamualaikum.. semua😊😊
Hari ni taknak citer apa.. cuma nak kongsi gambar2 pemandangan yang indah jer.. tu pun ambik pakai phone jer.. sambil menikmati keindahan yang menarik.. jom kita renung2 kan apa yang patut direnung yer..
P/s: Bersyukur lah dengan apa yang kita miliki..😊😊 kerana segalanya hanya sementara saja..

Wednesday 10 June 2015

Cruise Tasik Putrajaya

Assalamualaikum..salam buat semua😆
Nak update citer semalam..
Semalam cuti bawak anak2 jenjalan jer.. takde la gi makan angin jauh sangat.Kami pergi Putrajaya jer.. lagipun dah lama tak ambik cuti.. tambah2 ni cuti sekolahkan. Kesian plak tengok anak2 tak pergi mana2.
So, kami naik cruise ... en.hubby ajak.. aku "jom" jer la..
Naik cruise ni bezz jugak.. tengok anak2 pun seronok.. tapi si Fazia la plak tak duk diam (tengah lasak )... nasib la Hazim (abg sulung )dah boleh harap control si adik...(sayang abang😚😚)
Harga tiket..??alamak lupa la plak berapa untuk dewasa dan berapa untuk kanak2.. tapi kalau kanak2 yang umur bawah 3 tahun masuk free jer.. tapi total tiket semalam.. untuk 2orang dewasa dan 3orang untuk kanak2.. semuanya rm93.30 termasuk gst 6%.
Masa dalam cruise tu selama lebihkurang 40 minit.

Saturday 23 May 2015

Jue Amzura: Mulut laser..

Jue Amzura: Mulut laser..

Mulut laser..

Assalamualaikum.. 😊😊😉
Senyum dulu hihi... ari ni nak citer pasal mulut laser jer..
Kita selalu dengar orang cakap.."alah dia tu mulut jer laser.. tapi hati dia baik" mesti korang pun pernah dengar ayat ni kan.. tapi bagi aku la kan .. kalau hati baik .. mulut dia mesti dia jaga baik punya kan kan..pendapat aku la kan.. pendapat orang lain tak tau la pulak.
Biasanya orang yang bermulut laser ni.. dia main cakap jer.. dia tak peduli pun ada orang lain terasa hati dengan kata2 yang dia keluarkan tu..
Macam aku ni jenis yang mudah terasa hati la jugak.. tapi aku jenis yang cool(cool la sangat😁).. memang pun. Kalau terasa hati aku banyak diam jer..senang citer pendam jer dalam hati. Tapi aku berkawan dengan semua orang... yang bermulut laser ni aku kureng sikit la. Ada jugak geng aku yang bermulut laser ni.. tapi diorang paham aku..takde la diorang laser sangat ngan aku..
Mungkin aku jenis yang mudah terasa hati kot.. sebab tu mulut aku tak laser. Tapi terfikir jugak orang yang mulut laser..tak terasa ker bila orang lain laserkan dia balik..???

Thursday 23 April 2015

Haruman Luqman

Assalamualaikum.. pada yang sudi mengintai kat blog Jue Amzura ni..
Lama dah tak bukak blog.. rasa rindu la plak..😍😍
Okey.. kali ni nak berkongsi sikit... agak2 la kan.. awak2 yang baca blog ni pernah tak dengar "Haruman Luqman" ni yer..
Haruman Luqman Warisan Perubatan Sufi".. ia minyak wangi yang Kombinasi  Penawar Daripada Al Quran & Perubatan Tradisional Melayu.
Jom baca fungsi2 setiap jenis minyak ni... kalau dah baca.. dan teringin nak mencuba.. pm/wasap/telegram yer kat no.↪0192732752

Friday 27 March 2015

Etok

Assalamualaikum..untuk semua yang rajin intai blog Jue Amzura..tu pun kalau ada lerr😊
Etok.. sajer nak citer.. ari tu balik kelantan.. kakak ipar ada beli etok,tapi.. harga melambung gila. Biasa aku beli etok ni rm1-rm1.50 jer.. tapi time balik cuti sekolah hari tu,harga dia.. rm5. Memang terkezut la kan... nak makan punya pasal.. beli jer ler.

Saturday 21 March 2015

Fazia di ganggu..

Alhamdulillah... dah sampai rumah dah. Tapi perjalanan dari kampung (Kelantan)ada cabaran sikit kali ni..
Bertolak dari kampung lebihkurang jam 7pagi.. singgah makan kat RnR Gua Musang. Lepas makan ..biasa ler Fazia nak tidur,belum sempat dia lelap mata..tiba2 jer dia nangis..😢😢
Mula2 ingatkan biasa jer..makin lama menjadi jadi la plak..siap nak gigit gigit lagi. Tapi tak dapat la dia nak gigitkan.. dah tak boleh nak gigit orang.. dia gigit plak tangan dia sendiri,terkejut la aku a.k.a mama dia. Dah la menangis punya lama.. airmata setitik pun takde..tak ke pelik. Lepas tu aku baca la ayat kursi berulangkali..aikk makin kuat plak dia meraung.Panik la jugak.. apalagi babah dia parking kereta tepi jalan.. laungkan azan.. baca yassin ..akhirnya dia diam. Alhamdulillah.. lega dia dah ok.. bagi susu terus tidur.

Monday 16 March 2015

Balik kampung

Assalamualaikum.. buat semua yang rajin mengintai kat blog Jue Amzura..
Cuti sekolah dah bermula lagi..
Cuti sekolah seminggu ni.. kami sekeluarga balik kelantan.. dah lama tak balik..banjir hari tu pun tak balik.
Balik kampung macam biasa,kami akan bertolak dari rumah jam 4 pagi (rancang perjalanan la konon)😆😆
Alhamdulillah.. perjalanan ... lancar..
Lebihkurang masuk waktu zohor ..kami selamat sampai di kampung halaman (Pasir Mas)..ni banyak kali berhenti..biasa ler ,jauh perjalanankan.
Tapi cuaca kat kampung terik la nak banding kat Puchong.. tapi apa pun syukur dapat jumpa ayahbonda tercinta..

ENTRI TERLARIS

MUSHTANIR..

A ssalamualaikum... hari ni Kak Jue nak citer pasal produk MUSHTANIR plak...  bolehkan๐Ÿ˜ Mushtanir ni ramuannya dari makanan sunnah...