Friday 25 September 2015

Rindu Chom

Rindu.. rindu.. rindu sangat kat dia...
Cuti Raya Haji ni kami seminggu.. sekarang masih dikampung..
Macam mana la dia kat sana sendirian..
Chom my meoww🐈

Wednesday 23 September 2015

Balik Kampung Sempena Raya Haji

Assalamualaikum semua..😊😊
Kali ni Raya Haji turn Kak Jue yer.. plan mesti ada untuk perjalanan balik kampung.
Macam biasa musim perayaan.. perancangan kami balik kampung mesti bertolak jam 4pagi... tapi kali ni masa lari sikit coz malam tadi tido pun lewat.. kepenatan la jugak.. hubby pun  macam tu jugak. Kami bertolak jam 5pagi.. alhamdulillah, perjalanan kami lancar.
Biasa perjalanan kami balik Kelantan makan masa lebihkurang 9 hingga 10 jam la jugak.. tapi kali ni syukur sangat sebab perjalanan kami lebih cepat.. mungkin sebab ada jalan baru tu kot.. kami tak perlu melalui bukit tujuh tu. Perjalanan kami kali ni hanya 7jam jer.
Alhamdulillah..😊😊

Thursday 3 September 2015

Bila anak jatuh

Assalamualaikum semua..
Kali ni nak citer pasal anak... biasa la anak2 yang makin membesar ni kan.. dia punya lasak ..memang pening😵😵 ler nak control diorang ni. Tapi kita sebagai ibu bapa memang kena banyak bersabar dalam melayani kerenah anak2 ni. Walau macam mana pun ..suara singa mesti bunyi jugak kan😃😄😄
Budak2 bila dah lasak macam2 benda dia nak buat... lagi2 memanjat.. memang suka sangat lah.
Dua tiga minggu lepas Fazia jatuh dari kerusi sampai bengkak dahi dia.. kalau nak diikutkan ini bukan kali pertama dia jatuh tapi kali ni kuat jugak la dia jatuh(lepas jatuh terus bengkak).. panik jugak la K.Jue ni.. dah la malam. Dia nangis tapi sekejap jer. Dah ok la tu..tapi tiba2 plak dia muntah, sebagai ibu mesti la risaukan. Tapi sekali jer dia muntah. Besoknya K.Jue bawak pi klinik.. doktor cakap takde apa pun. Tapi menurut doktor kalau dia muntah banyak kali baru ada "something" la. Alhamdulillah.. lega doktor cakap Fazia ok.
Untuk peringatan ibubapa diluar sana .. kalau anak2 jatuh jangan pandang ringan tau... kalau takde apa2 pun bawak jer jumpa doktor... kalau kena keluar duit pun bukan untuk orang lain kan... untuk anak kita jugak..

ENTRI TERLARIS

MUSHTANIR..

A ssalamualaikum... hari ni Kak Jue nak citer pasal produk MUSHTANIR plak...  bolehkan๐Ÿ˜ Mushtanir ni ramuannya dari makanan sunnah...