Saturday 27 December 2014

Mangsa banjir di sekitar kampungku

Assalamualaikum... salam satu dunia..
Hari ni.. aku belum dapat apa2 berita.. tentang keadaan banjir di kampung. Dengan family pun masih tak boleh berhubung..tapi menurut kawan2 ku... banjir di Pasir Mas dah beransur surut.
Alhamdulillah... tapi masih aku kerisauan..coz tak tahu keadaan family aku kat sana..😭
Ini gambar baru aku terima dari adik aku...mmhh dia pun member wasap jugak... tapi sekurang kurangnya ada la berita sikit..walaupun tak banyak...

Banjir di Kelantan

Assalamualaikum sumer...
Lama rasanya tak bukak blog ni.. hari bukak sekadar saje... hati masih lagi kerisauan..😢😢 memikirkan keluarga di kampung dalam menempuhi sengsara banjir yang amat hebat ...
Entah bagaimana mereka lalui ... tak tahu nak cerita macam mana di sini. Jiwa di sini tersiksa..😢 bila teringatkan ayahbonda di kampung.. berdua.. suami isteri.. dan aku sebagai anak hanya sekadar berdoa ... hanya itu yang mampu .. buat masa sekarang... semua keluarga "lost contact" .. entah bagaimana la keadaan keluargaku... buntu..😣😥

Tuesday 16 December 2014

Collagen powder

Collagen powder.. of coz dari produk shaklee..
Shaklee collagen powder adalah suplemen yang unggul.. ia mengadungi 4000mg kolagen RSS(sisik ikan merah).
Mafaat utama
*anti penuaan
*tampak lebih muda
*rasa lebih muda

Ramuan utama
*kollagen dari sisik ikan merah
-sumber kollagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kollagen haiwan.

*ekstrak biji camelia japonica
-terdiri dari asid oleik..dan pelembab kulit yang hebat serta antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

*ekstrak pfaffia
-yang juga dikenali sebagai gingseng brazil.. apabila digabungkan dengan ekstrak biji camilla japonica,ia boleh membantu formasi kolagen.

*Vitamin c dan vitamin b
-vitamin c menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
-vitamin b turut serta dalam metabolima karbohidrat..lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan dalam penghasilan kolagen.

*Ekstrak kekerang
-penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi sendi dan menghidratkan mata.

*lactobacillus acidophilus
-membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu bina semula sistem usus yang sihat.

Saturday 13 December 2014

Promo december

Salam 1 malaysia... 1 dunia..😊😊
Ni nak habaq mai promo shaklee untuk bulan disember 2014..
Haa.. bulan ni memang special shaklee punya promo.. tahu apa..
*vita c -beli 6 percuma 1
*vita c- beli 2 diskaun 5%
*vita e - beli 6 percuma 1
*vita e- beli 2 diskaun 5%
*collagen powder - beli 3 percuma 1

Bessss kan promo bulan ni..
Apa lagi jom lerr.. wasap / telegram ker
Jue amzura : 0192732752
Harga special ni sampai hujung bulan ni jer tau..😆😆

Saturday 29 November 2014

Aniq dah berkhatan...

Assalamualaikum... buat semua sahabat2..
Tengahari semalam hero aku yang sulung dah pun selamat berkhatan.. tapi khatan kat klinik jer.. kalau di ikutkan minggu depan ada majlis berkhatan beramai ramai kat masjid al istiqamah puchong. Tapi anak aku ni tak nak la plak berkhatan beramai ramai.. nak buat macam mana ikutkan aje lerr..
Pergi klinik tu pun ngan babah dia jer.. sempoi je kan berkhatan zaman sekarang. Tapi malam sebelumnya.. Tok a.k.a nenek dia dah buat majlis sikit. Tambah lagi dua orang sepupu nya pun nak berkhatan jugak.. itupun kat klinik jugak..
Ini first time nak jaga pantang orang berkhatan... tapi sebenarnya aku tak tahu apa2 pun.. semua hubby yang uruskan.. aku..??? Cuma tahu masak apa yang AniqHazim nak makan jer.. doktor cakap boleh makan ayam🍗🍗... jadi ..aku masak la ayam🍜🍜. Memang selera la dia makan..😆😆
Dah berkhatan ni.. dah boleh kira anak bujang mama la yer...

Friday 14 November 2014

Ihtifal... Ammar

Assalamualaikum... salam satu dunia...
Hari ni adalah hari ihtifal pasti puchong dan diadakan di stadium tertutup mpsj serdang jaya.
Tapi hubby jer yang pergi teman ammar.. mama kena jaga kedai... dan 3beradik lagi tu... tapi nasib baik mak a.k.a mak mertuaku ada , support jaga Fazia. Kalau tak... kelam kabut jugak di buatnya. Alhamdulillah la kan.. tinggal dekat ngan mak, banyak kebaikkan nya...

Tuesday 11 November 2014

Omega guard

Assalamualaikum...
Entri kali ni nak bagi tau promo bulan november dari produk shaklee.Iaitu...
Omega guard. Suka la plak dengan promo bulan november ni.. bukan apa .. aku dan hubby adalah pengguna tegar omega guard. Omega guard ni kami telan setiap hari. Banyak kebaikkan dengan omega guard ni.
Yang tak pernah cuba.. boleh la cuba.. lagi pun .. tengah promo.. beli 6 percuma 1. Promo ni sampai hujung bulan ni jer.
Nak order boleh... nak cod pun boleh..
Wasap/telegram : 019 2732752... ok

Saturday 8 November 2014

Nasi ayam penyet

Ada la.. ari tu.. aku dengan my hubby gi mydin mall. Biasa ler shopping2 barang keperluan jer.
Dah abis shopping,perut pun lapar la plak.. oleh kerana kejar masa.. nanti nak ambik anak2 kat sekolah plak. Cari la tempat makan yang cepat dapat isi perut ni..😂😂
Yang paling dekat ngan kami... restoran ayam penyet... sebenarnya kami tak pernah makan pun nasi ayam penyet ni... tapi takpe la... cuba jer la makan. Order jer la.. set yang simple jer..
Macam aku.. ok la jugak dengan tekak aku ni... tapi hubby aku.. tak berapa nak masuk ngan tekak dia, tapi dia telan la jugakkan .. dah nama pun nak cuba...

Friday 31 October 2014

Jeruk asam boi merah putih

Akhirnya... terbuat jugak la, jeruk mangga asam boi yang menjadi kegilaan pada musim ni..
Bukan apa.. aku bukan teringin sangat pun bila orang duk sibuk pasal jeruk mangga asam boi ni... tapi hubby yang duk teringin sangat nak makan.. dia memang suka asam2 ni.. dulu aku pun hantu asam jugak tapi bila lahir jerr anak pertama kami.. tiba2 jer aku kureng sikit dengan asam ni, maybe sebab hormon kot.
Balik rumah semalam..dia kupas kulit.. siap dengan potong sekali dah buah mangga tu... cuma tunggu aku buatkan jer. Sebelum tidur malam tadi ler aku buatkan... tak susah pun.. cuma masukkan asam boi putih campur asam boi merah campur lagi cili api  ke dalam buah mangga tadi. Lepas tu gaul gaul bagi rata. Maka jadi la jeruk mangga asam boi merah putih 😆. Lepas tu masukkan ke dalam peti ais..

Yang belah atas tu .. aku bagi kat mak mertua aku..😆😆

Thursday 30 October 2014

Pengasuh o pengasuh

Sedih sungguh le hai... pengasuh o pengasuh.. ngape ler sanggup buat anak orang macam tu... kalau rasa tak boleh jaga anak orang,tak payah la jaga. Ni sebab nak duit jer... sanggup buat budak tu macam tu.. alasan .. budak tu nakal. Kalau dah tak larat dengan kenakalannya.. cakap la ngan mak ayah dia... dah tak nak jaga..ni tak..main ikat2 plak. Kepada ibubapa di luar.. nak bagi pengasuh jaga anak kita tu... pantau2 le sikit yer.. dah banyak kes penderaan kanak2 di rumah pengasuh.

Cerita blog

Assalamualaikum... malam ni tetiba jer rasa nak mengintai blog.. dah nak bersawang dah blog ni..😆😆
Sebenarnya bukan apa aku jarang bukak blog ni.. baru tengah duk plan nak beli laptop.. dulu ada laptop.. aku pi jual.. ye la, masa tu aku tak teringin lagi nak berblog. Sekarang nak update blog ,aku guna ipad jerr..kalau tak pun android jer. Tu yang jadi malas sekejap.. rajin sekejap..😁😁 
Kadang2 nak guna ipad... nak kena mengaum dulu dengan askar2 4 beradik tu.. yang hero 2 orang tu takpe la.. dah faham kalau mama nak guna.. tapi yang heroin 2 beradik tu... memang susah sikit.
Tapi apa pun.. aku kena la mengalah jugak  dengan budak2 ni..😦😦
Kali ni... setakat ni jer dulu nak citer.. ok good nite...

Wednesday 8 October 2014

Muzium tentera darat

Selamat hari raya aidil adha buat sumer yang rajin intai blog Jue Amzura...
Raya haji ni,kami tak balik kampung pun.sedih jugak... Tapi nak wat camner kan..
Semalam takde buat ape, jadi kami pi jenjalan jer ler. Kami pergi melawat muzium tentera darat yang terletak di port dickson,negeri sembilan. Ok la..anak anak bukan main teruja lagi. Terutama hero hero tu lerr... Tak lupa jugak ,saya bawak sekali mak mertua.. 

Nak selfie jugak kat pintu masuk muzium tu..

Jantung hati ku 



Posing ngan m




Friday 3 October 2014

Promo ESP kembali

Hoho... Tak sangka dan tak terduga... Promo esp shaklee dah kembali .. Memang tak sangkalah, dalam masa satu tahun shaklee bagi keistimewaan berganda untuk pengguna esp. Apa tak nya dalam tahun ni , ada dua kali promo beli 6 percuma 1 untuk produk terlaris ni..tak lain dan tak bukan..ESP. Rasanya sumer dah tau kan fungsi esp ni.
Bagi pengguna setia esp.. Macam saya dan suami.. Yer kami pengguna tegar esp.. Kami minun setiap hari.. Memang berbaloi baloi ler... Beli 6 percuma 1... dengan konsisten dengan esp.. combine dengan licithin, kami dapat kurangkan berat badan... slim la dari sebelum mengamalkan esp ni..
Jom kita pakat2 borong esp... nak beli satu pun boleh...jangan lepaskan peluang yang ada. Promo ni hanya di bulan oktober jer tau.. sapa2 nak order dengan saya boleh sms/wasap/wechat/telegram 0192732752... ok

Wednesday 1 October 2014

Fazia yang cool

Hari kami pergi mall.. biasa la cari barang.. oppss beli barang sikit sambil cuci mata👀..haha. Macam biasa dalam mall mesti ada mainan yang masuk coin / token tu🎠.. masuk jer coin/token bunyi lagu sambil goyang2 tu.. barang dah beli, babah gi hantar kat keta🚘 dulu... sambil tunggu babah..mmmhh macam biasa jugak kakak Fatin ..pantang nampak mainan tu.. kompem dia nak naik.. hari ni first time adik Fazia naik benda tu..ingatkan nangis😢, tapi.. lagi dia seronok😄 ada lerr. Dulu abang2 ngan kakak nangis tak mau duduk kat dalam mainan tu.. sekali Fazia naik.. tak mau turun 😂😂..mama plak yang penat😩 melayan.

Sunday 28 September 2014

Aquaria KLCC..


Assalamualaikum sumer,
Nak citer jer ni, minggu lepas gi Aquaria KLCC... Ala tempat yang ada ikan besau besau tu, kami gi satu family jer.. Maklum ler cuti sekolah , bawak anak anak jejalan..      
Tapi
Yang tak seronok tu bukan apa.. Hari yang nak pergi tu... Tiba tiba plak kakak Fatin demam.. Of coz la tak seronokkan bila anak tak sihat, tapi nak wat camne kan memang dah plan.. Siap tak buka kedai lagi.so, kena teruskan jugak la plan tu.. Kalau tak anak2 lain mesti bising punya.
Tapi adik Fazia teruja sangat bila tengok ikan ikan kat dalam tu.. Ye la,ni kali pertama dia datang di Aquaria KlCC ni. Abang2 dan kakak dah pernah datang sebelum ni.







Mama plak yang over...hihi

Saturday 27 September 2014

Wetfood Home made

Asalamualaikum..
Haa..ni nak gtau.. Hari ni try la buat wetfood untuk CHOM. Saja la try buat, sebab duk intai group pencinta kucing.. Ramai duk save bajet untuk anak2 bulus tu. Jadi ,teringin la nak mencuba cara tu. Tapi yang tak sangka tu... CHOM suka sangat makan tu. Di sini dengan seikhlas hati, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada KKKS (kelab kucing ku sayang) kerana banyak membantu serta memberi info pasal meow.

Sikit jer pun mama buat...

Selera bebenor Chom makan...


Friday 5 September 2014

Promo september...2014

Assalamualaikum... Sumer,
Hari ni nak gi tau promo shaklee bulan ni jer.. Tau apa.. Jeng ..jeng...jeng..
Bulan ni special untuk sesiapa yang pentingkan penjagaan kulit.. Iaitu collagen powder.. Beli 6 percuma 1... Apa tunggu lagi jom dapatkan segera... Nak order sms/wassap jer 0192732752.
Promosi ni bukan saja collagen powder tau... Mealshake pun promo, lagi berbaloi baloi beli 3 percumai 1.. Dasyat tak shaklee!!!...






Sunday 31 August 2014

31 ogos...

Tanggal 31 ..bulan 8...57... Merdeka...merdeka...merdeka..
Nyanyi la plak..hehe.. Bukan apa ,bila tiba jer tarikh ni.. Mesti nak berdendangkan lagu ni...
Semangat patriotik tu mesti ada kan... Namanya pun rakyat Malaysia... Jiwa dan semangat kemerdekaan tu keluar jerr... Dalam diri ni..
Ok la.. Apa apa pun ..sebagai rakyat malaysia... Mari lah kita sama2 hayati erti kemerdekaan yang sebenar benar nya...
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA...

Wednesday 6 August 2014

Raya... 2014 @ Kelate

Assalamualaikum... Sumer..
Lama rasanya tak update blog ni, bukan apa kadang kadang perasaan malas tu bertandang di jiwa..hehe.
Belum terlewat lagi rasanya untuk saya mengucapkan  SELAMAT HARI RAYA.. Maaf Zahir Dan Batin, buat sumer yang sudi singgah di blog ni..
Seminggu balik kampung, memang tak peduli pun kat gajet2 ni.. Ye la bukan selalu boleh balik kampungkan..nak2 time raya plak. Tapi kali ni memang best sangat sebab sumer adik beradik dapat balik raya..









Friday 18 July 2014

MH17

Assalamualaikum...
MH370 belum ada khabarnya...kini kita dikejutkan berita pasal pesawat Mas ..MH17 plak...terhempas di Ukraine. Memang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.Dan paling tak sangka MH17 terhempas adalah akibat ditembak dengan peluru berpandu... Sungguh tragis..
Takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga para penumpang dan anak kapal.
MH17 membawa 280 orang penumpang dan 15 orang anak kapal.

*fakta:MH17 genap usia 17tahun pada 17julai 2014, pertama  kali membuat penerbangan
            pada  17 julai 1997, dan penerbangan terakhir akibat terhempas pada 17 julai 2014.








ENTRI TERLARIS

MUSHTANIR..

A ssalamualaikum... hari ni Kak Jue nak citer pasal produk MUSHTANIR plak...  bolehkan๐Ÿ˜ Mushtanir ni ramuannya dari makanan sunnah...