Saturday, 29 November 2014

Aniq dah berkhatan...

Assalamualaikum... buat semua sahabat2..
Tengahari semalam hero aku yang sulung dah pun selamat berkhatan.. tapi khatan kat klinik jer.. kalau di ikutkan minggu depan ada majlis berkhatan beramai ramai kat masjid al istiqamah puchong. Tapi anak aku ni tak nak la plak berkhatan beramai ramai.. nak buat macam mana ikutkan aje lerr..
Pergi klinik tu pun ngan babah dia jer.. sempoi je kan berkhatan zaman sekarang. Tapi malam sebelumnya.. Tok a.k.a nenek dia dah buat majlis sikit. Tambah lagi dua orang sepupu nya pun nak berkhatan jugak.. itupun kat klinik jugak..
Ini first time nak jaga pantang orang berkhatan... tapi sebenarnya aku tak tahu apa2 pun.. semua hubby yang uruskan.. aku..??? Cuma tahu masak apa yang AniqHazim nak makan jer.. doktor cakap boleh makan ayam🍗🍗... jadi ..aku masak la ayam🍜🍜. Memang selera la dia makan..😆😆
Dah berkhatan ni.. dah boleh kira anak bujang mama la yer...

Friday, 14 November 2014

Ihtifal... Ammar

Assalamualaikum... salam satu dunia...
Hari ni adalah hari ihtifal pasti puchong dan diadakan di stadium tertutup mpsj serdang jaya.
Tapi hubby jer yang pergi teman ammar.. mama kena jaga kedai... dan 3beradik lagi tu... tapi nasib baik mak a.k.a mak mertuaku ada , support jaga Fazia. Kalau tak... kelam kabut jugak di buatnya. Alhamdulillah la kan.. tinggal dekat ngan mak, banyak kebaikkan nya...

Tuesday, 11 November 2014

Omega guard

Assalamualaikum...
Entri kali ni nak bagi tau promo bulan november dari produk shaklee.Iaitu...
Omega guard. Suka la plak dengan promo bulan november ni.. bukan apa .. aku dan hubby adalah pengguna tegar omega guard. Omega guard ni kami telan setiap hari. Banyak kebaikkan dengan omega guard ni.
Yang tak pernah cuba.. boleh la cuba.. lagi pun .. tengah promo.. beli 6 percuma 1. Promo ni sampai hujung bulan ni jer.
Nak order boleh... nak cod pun boleh..
Wasap/telegram : 019 2732752... ok

Saturday, 8 November 2014

Nasi ayam penyet

Ada la.. ari tu.. aku dengan my hubby gi mydin mall. Biasa ler shopping2 barang keperluan jer.
Dah abis shopping,perut pun lapar la plak.. oleh kerana kejar masa.. nanti nak ambik anak2 kat sekolah plak. Cari la tempat makan yang cepat dapat isi perut ni..😂😂
Yang paling dekat ngan kami... restoran ayam penyet... sebenarnya kami tak pernah makan pun nasi ayam penyet ni... tapi takpe la... cuba jer la makan. Order jer la.. set yang simple jer..
Macam aku.. ok la jugak dengan tekak aku ni... tapi hubby aku.. tak berapa nak masuk ngan tekak dia, tapi dia telan la jugakkan .. dah nama pun nak cuba...

ENTRI TERLARIS

MUSHTANIR..

A ssalamualaikum... hari ni Kak Jue nak citer pasal produk MUSHTANIR plak...  bolehkan๐Ÿ˜ Mushtanir ni ramuannya dari makanan sunnah...